WELCOME TO NARD'S LIFE, ENJOY STALKERS :D

Tuesday, May 3, 2011

ROYAL WEDDING PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON :)

wahhh. royal wedding kot. mesti semua impi-impikan wedding mcm ni kan. dah la gempak. mmg macam ROMEO AND JULIET tuu :) . apa yang menarik kan. dalam wedding mereka ni kan :
  • Lebih 8500 wartawan berada di London bagi memberi liputan khas majlis berkenaan.
  • 2 Billion orang di 180 buah negara seluruh dunia menonton siaran langsung.
  • 237 update berkenaan majlis ini di Twitter sesaat.
  • 1900 tetamu di Gereja Westminster Abbey dimana sebahagian besarnya terdiri daripada 50 ahli kerabat diraja britian,  50 ahli kabinet britian, 40 ahli kerabat diraja seluruh dunia, 200 ahli politik dan diplomat asing dan 80 tetamu dari badan amal jemputan Putera William.
  • 5 ribu anggota keselamatan bertugas sepanjang majlis berlangsung.
  • 16 orang ditahan akibat menggangu ketenteraman majlis.
  • 150 000 naskah khas berkenaan majlis dicetak dan habis dijual pada harga 2 pound.
  • Sepanjang majlis berlangsung jam loceng berusia lebih 100 tahun di Gereja Westminster Abbey dibunyikan selama 3 jam tanpa henti.
  • Pasukan koir muzik didalam gereja terdiri dari koir diraja, London Chamber Orchestra dan Pasukan kior tentera.
  • Panjang kain gaun Kate Middleton ialah 8 kaki 8 inci dan hamparan karpet merah di Gereja sepanjang 300 kaki.
  • Kate beredar dari Hotel penginapan dengan sebuah kereta Rolls Royce Phantom VI dan Putera William menaiki Bentley yang direka khas.
  • Ratu Elizabeth mengurniakan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge kepada pasangan pengantin.
  • Gelaran untuk anak yang bakal dilahirkan ialah Earl of Starhearn dan Baron Carrickfergus.
  • Gaun Kate direka khas oleh Sara Burton dari Alexander McQueen.
  • Kate memakai Tiara Tradisi Nenek Moyang diraja Britian.
  • Lebih sejuta orang memenuhi jalan raya sekitar laluan pasangan diraja.
  • 327 juta keping gambar ditangkap semasa majlis berlangsung menurut Nikon.
  • 7 Skrin Besar diletak didalam gereja.
  • David Beckham dan Isteri antara jemputan yang mendapat perhatian.. malangnya pasangan itu berada di London hanya beberapa jam kerana Beckham pulang semua ke Amerika untuk perlawanan liga tempatan esok.
  • Sir Elton John hadir bersama teman gaynya di Majlis berkenaan.
  • Pihak Kerajaan Brtian menanggung kos keselamatan semasa majlis berlangsung dan dianggarkan RM 90 juta.
  • Selain Putera Albert dari Monaco, turut hadir adalah Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Brunei, Putera Mahkota Denmark, Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan dan raja Permaisuri Agong, dan Raja-raja dari benua Afrika.
  • Perdana Menteri Australia antara ketua kerjaan yang hadir.
  • Cincin perkahwinan adalah cincin pusaka keluarga diraja britian yang dimiliki sejak dinasti ratu victoria.

I amik information ni dari 'shiro blog', thanks to you sebab bagi information yg interesting :) best kot jadi kerabat diraja. haha (yeke). tp wedding ni mmg best gile. and kate mmg btol2 bertuah. i think putera william kawen dgn org biasa je kan , so so sweet . tapi teringin sgt nak tau mcm mane mereka ni bercinta kan. mane lah kita tau orang kerabat ni bercinta mcm kita ke, hehehe :)

gambar-gambar menarik semasa wedding
 Putera William and Kate Middleton


Putera William


Kate Middleton. she's so pretty woo :)



hope their wedding long lasting :D
<3








No comments:

Post a Comment